Kain Cotton

1. Kain cotton yang dijual disini terdapat dalam pelbagai jenis, antaranya Belleboo, Japanese Cotton, English Cotton dan lain-lain.

2. Kain dijual dengan ukuran standard untuk sepasang baju iaitu 4 meter. Bidang kain ialah 45, kecuali dinyatakan sebaliknya.

3. Kain akan diupdate setiap bulan dengan pilihan corak yang pelbagai.

4. Harga kain adalah tetap seperti dipamerkan. Diskaun mungkin akan diberikan bergantung kepada jumlah kain dibeli. Begitu juga promosi, sila ikuti perkembangan dari semasa ke semasa untuk dapatkan harga promosi.


----------


Kenapa Cotton?
Disebabkan cuaca panas sekarang, moh le kita pakai kain cotton yang tak panas. Idak ler sejuk macam salji kalau pakai pun, tapi idak ler panas sangat sebab kain kapas nih bole nolong serap peluhnyerr. Ye dok? Kain ni sedikit tebal, dan tak jaranglah even yang bertanah putih.

Tips Penjagaan?
Ada yang kata kain cotton ni mengecut. Tapi kalau yang betul2 mengecut dan berkedut tu biasanya kain jenis Viscose-- yang kalau iron licin perfect, tapi sekali pakai renyuk balik. Kebanyakan jenis kain bila basuh pun dia akan mengecut, lagi2 kalau lepas spin tu tak kibas2 and angkat dari ampaian lepas kering garing kena panas. Kain cotton ni macam kain batik jugak, mula-mula basuh dia macam tu la, tapi dah lama2 pakai dia jadi sangat comfort. Nak kata betul2 mengecut tu saya tak pastilah, ada yang suggest basuh dulu sebelum jahit. Tapi kalau malas, ada yang cadangkan bila buat baju tu tambah 1/2 inci.

Turun warna? Kebanyakan kain yang basuhan pertama akan turun warna, tapi cotton tak ketara. Kami mencadangkan untuk basuhan pertama, basuh secara asingan. Dan, jangan sekali-kali rendam dengan softlan. Bukan tak boleh basuh nak wangi-wangi kain tu, cuma JANGAN rendam dengan pelembut untuk tempoh yang lama. Sebab untuk basuhan pertama, kain cotton ni takut kena culture shock bila jumpa air. Hehe. So, setakat bilas-bilas, celup-celup dalam pelembut, terus spin and sidai.

Jemur secara terbalik. Lagi-lagi kalau sidai bawah matahari terik. Kain apa pun rasanya boleh pudar warna atau makan hari kalau kita jemur lama sangat bawah pancaran sinar terik mentari. Bukan setakat kain, kita yang manusia ni pun boleh pudar keputihan kalau berjemur. Tak gitu?

Kalau anda ada ekstra tips nak dikongsi, sila-silalah share di ruangan komen dibawah.

0 comments:

Post a Comment

Order Form

Name:
Tel. Number
Email Address:
Alamat (untuk tujuan pengeposan)
Produk Kain Cotton
Lain-lain
Kod Produk
Tempoh Pembayaran (booking hanya 36 jam, akan terbatal secara automatik) Hari Ini
Dalam 24 jam
Dalam 36 jam
Komen/cadangan

Click here to put a form like this on your site.